Friday, December 5, 2008

"The Hardest Part"(dengar dengar suara hati)

kalau band,diorang tulis sendiri lagu dan lirik kan?sebab kalau coldplay yang tulis, pandai betul diorang menukarkan suara hati jadi tulisan, jadi lagu.
kalau aku, aku tau simpan je lah dalam hati.

The hardest part
Was letting go, not taking part
Was the hardest part
And the strangest thing
Was waiting for that bell to ring
It was the strangest start
I could feel it go down
Bittersweet, I could taste in my mouth
Silver lining the cloud
Oh and I
I wish that I could work it out
And the hardest part
Was letting go, not taking part
You really broke my heart

And I tried to sing
But I couldn’t think of anything
And that was the hardest part
I could feel it go down
You left the sweetest taste in my mouth
You're a silver lining the clouds
Oh and I
Oh and I
I wonder what it’s all about
I wonder what it’s all about
Everything I know is wrong
Everything I do, it's just comes undone
And everything is torn apart
Oh and it’s the hardest part
That’s the hardest part
Yeah that’s the hardest part
That’s the hardest part

Thursday, December 4, 2008

big is beautiful

adik aku yang bongsu badan dia debab.manja melampau.asyik suruh ayah aku garu belakang dia aje.mandi pun suruh orang teman.aku selalu marah dia sebab aku taknak dia jadi terlampau manja.

tapi dia la adik aku yang paling manis skali.kalau demam dia lah yang rajin picit2.kalau sedih dia akan tanya kenapa.kalau makanan dia akan simpan untuk semua orang.dan diala paling rajin menolong kalau nak suruh ambik apa2.

sejak dua menjak ni aku selalu je geram dengan perangai manja dia tu.macam aku cakap, aku taknak dia jadi terlampau manja.

sekarang ni balik balik keje je aku tengok dia tengah bergolek depan tv tengok sinetron indon.cuti-cuti sekolah memang dia guna untuk bermalasan jela.
aku pegi keje dia golek depan tv tengah tido (dia suka tido depan tv)

aku balik keje dia golek depan tv tengah tengok tv (tempat sama dia tido semalam)
esok aku pegi keje dia golek depan tv tengah tido (dia suka tido depan tv)
aku balik keje dia golek depan tv tengah tengok tv lagi!! (tempat sama dia tido semalam)

memang aku lemak je budak ni.bergolek je depan tv keje nye.

"adik ni asyik baring jela..selain baring mkn n tengok tv takde aktiviti lansung..badan tu dah makin bulat dah kak icha tengok"

" alah kak icha tu jeles sebab dia kena pegi keje, takleh baring2 gini tengok tv"

aku geram betul la jawapan budakni.sebab memang betul pun aku jeles. he he he.

aku takkan tukar nama jadi Lisa Cullen

jadi baik i tukarkan nama you, Edward Cullen jadi Mohd.Idzwan Cullen Abdullah..itupun kalau you boleh tukar agama islam la.you tu dahla pontianak orang putih pulaktu.

kalo korang tak tengok lagi cerita Twillight, baik jangan.aku tak boleh kalau ramai sangat yang jatuh cinta dengan Mohd.Idzwan Cullen Abdullah.aku cemburu.lebih baik korang tengok cerita takut2, quarantine.hantu dia buruk2 lagi menakutkan.nama pun cerita takut2.

Wednesday, December 3, 2008

mari mengemop blog

fuh fuh berabuknya blog ku ini..kecian dia..hehehe aku ingat nak tamatkan je riwayat blog ni tapi cam tak sampai hati plak kan…lagipun cam dah byk menda jadi lately.tak sempat dah nak tulis sume.ceh ceh.
Takpelah tulis sikit2je.he he he.
Aku pun dah tukar tempat keje.seronok keje tempat baru dan dah pun pindah duduk dengan family.home sweet home la kirenye.yelahtu. Tempat keje baru, okaijelah.lepas ini aku akan kerap menyebut nama MissT, abg ES, kakCam(sume bukan nama sebenar) pastu TL ku...derang ni sume okai2 la.lagi satu norin (mmg nama sebenar)..Okailah skgni..tak sengsara cam dulu, tak sesengkek dulu yang paling penting tak sedih2 macam dulu..alhamdulillah :)

tapi satu je.aku still aku takle bawak kete sendiri.padahal tempat keje dekat aje dengan rumah.adoiiii bile la nak bawak si 6540 ni.


ohye ujung2 traun ni ramai yg nak kawin ye.termasuk 2 ekor xbf aku..pada kawan2 yang nak kawin, tahniah dan semoga berbahagia..banyak juga dapat jemputan.kalau sempat aku pergilah.sekali lagi semuga berbahagia ke anak cucu k!!

Thursday, August 28, 2008

i am not okay, okay

ini bukan ditujukan kepada kawan2 sweet n sour ku.korang best.

cuma
aku rasa nak hangin satu badan dengan manusia selfish+saiko+mental..haruskah aku nak kena layan perangai manusia macam ini?

terima kasih aa aku nak layan.

boleh blah.

pikir2 balik takpayah la nak susah hati pikir sgt.yes aku memang friendly and riang2 gembira sume tapi kalo asik aku je nak jaga hati apehal?

u can just rot in hell.

Wednesday, July 30, 2008

today is wednesday.lambatnye lagiii nak jumaat..


kiut tak tikus ni..heheheh

okai tengah malas nak buat keje ni.tak sedar diri keje banyak tapi nak update blog jugak.hari ini beta berpuasa lagi.tapi tak bangun sahur, ini yang rasa sayur semacamni, pastu jari sejuk2 n nak muntah..rasa nak MC aje.semalam pun buka meatballs je (je??) so memang sah la pose hari ni lembik.mm..ini cari pasal namanyaaaaaa....:(


sejak 2 3 hari ni asik nak buat drama swasta je dengan iqbal..ada2 je aku nak merajuk..macam gilela kan aku asyik nak moncong tiap2 kali kua ngn dia.agaknya red flag hendak berkibar?
haih!sungguh tak suka la camni...
takpelah.i'll just blame it on my hormones.


akan tetapi...
diri ini telah pun berjaya mengapply cuti dengan gigih nya pagi tadi.hehehe.to my officemate, sorry tak dapat nak amik OR yg byk tu isnin ni.haha perasan penting sungguh aku ni.minggu ini ialah balik umah wan kat pahang!jadi sangat tak sabar2 dah ni :)

mood dah ceria balik ni.
k lah take care semua!

Monday, July 28, 2008

tampuk si manggis yang manis


tahukah anda bahawa parut pada buntut manggis melambangkan bilangan ulas dalam buahnya?hehe.

cuba tgk manggis ni kalau tak percaya.tapi gamba bila dah bukak tak sempat nak amik sebab raja dah makan semua.

parut dia 8, jadi isi pun 8 tau?hehehe..lojik la kalau taktau pasalni.tapi percaya tak anda, ada kawan aku nak bukak manggis pakai gigi.heheh.sapela budaktu agaknya.kesian die.hehe.

Thursday, July 24, 2008

brr brr bunyi perut

hellow!!
hari ini mood saye baik ala2 mood cemerlang..harapan pada hari ini ialah bergembira dan bersenang lenang..haha terkutuk betul..sampai2 office aje terus nampak OR atas meja.atas OR ada tulisan besar..FAILED! dengan tanda seru yg bulat.hehe..stress tak?hai..OR failed pun masih boleh gelak2 lagi.yelah takkan nak emo pagi2 ni kan.dah kata mood baik.

jadi semua, hari ini aku puasa tau. haha.

semalam pun puasa. tq iqbal kejutkan sahur..harap berjaya sampai azan magrib nanti...bersemangat ntah ape2.aku ada 4 hari lagi nak ganti ni.lagi satuhal boleh kurus sikit.kecewa betul tengok diri yang semakin shapeless nih.takpe, habis pose ganti ni musti kurus sikit punyelah.fuh fuh.

eh malamni nak buke ape.aku terbayang nugget mcD la skgni.kenapa tah
:(

last weekend aku pegi rumah asma..dia amik kat lrt universiti..best jugak lama dah tak jumpa dia.pastu pegi amek ciwa kat bangi, dia baru balik dari uk..kitorang pegi makan2, nyanyi2..:)

jadi hujung minggu ini..apekah plan.aku pun taktau..mb leh window2 ngn kaklong..ada satu kasut yang sangat yummy, aku jumpa kat one utama few weeks ago.SUMPAH cantik gilela..beta mesti mendapatkannya!!!!

eh tapi gaji lagi seminggu la..takpe kaklong kan ade to mend my broken wallet :P

apekah plan korang hujung minggu?aku nak tiru.

Friday, July 11, 2008

cerita kenduri

lamanya tak update.cam rindu plak..hari ini macam ada masa sikit la so bolehla update satu dua cerita :) kali ini siap letak gamba sekeping 2.bolehla kan ye?

last weekend ada kenduri kawen kat PD.aku dan centa hati tumpang kereta jai.ye, kami lah makhluk yg berada menjaga jai dan gf dia.bahaya! pagi2 dah pegi ramai2 dengan team mida dan ex team mida hehe.tapi tak macam pergi kenduri tau, lebih pada pergi piknik.heee..lepas kenduri kitoang g mandi-mandi pantai.

sampai pantai aku n centa hati ku terus loncat dalam air.lepastu baru jai ngn wawa.pastu budak2 mida sampai sbb derang ni pegi shopping dulu tau.aku tak beli apepun cuma paw iqbal selipa roxy anyam2 je hahahaha.so kami sume mandi sampai hitam2.sampai sekarang tak hilang lagi sun tan.

time ni macam2la yang boleh dilihat.ada yang jadi jerung, yg jadi ikan duyung.hehe.seronok jugak.pastu wawa ajar aku floating.pastu main banana boat sampai terhantuk hantuk.

mm..sebenarnya kan..haritu aku ade tertumpahkan kuah rojak dekat beg Hani...heee tapi tak mintak maaf sbb takut.dah bersihkan before dia perasan.so hani if you are reading this, sorry sgt2 k. lisa takut nak ckp haritu.tapi sumpah tak sengaja.

kesimpulan nya mmg best la pegi PD tu.pasni nak pegi lagi mandi.

so here are some of pics taken masa kenduri.time mandi takleh letak sbb kurang sopan.


lica, iqbal, nurun, ohm, and milia
jai and wawa

suma perempuan2 yg pergi pada hari itu.wawa capture gmbr


okai pasni leh update pasal perpindahan level dan reply tag jai si jahat.
taaa!

Monday, June 23, 2008

no title

f i k i r a n d a n j i w a k u s e d a n g s a l i n g k a c a u m e n g a c a u t a u

Monday, June 16, 2008

zoo negara

sekarang aku tengah malas kerja.ha ha ha.shapik pula sedang mengalami pendarahan di dahi..hari ini aku berjaya diet dengan sihat.yay.takkan terpedaya dengan nasi lemak telur mata lagi dah.pagi tadi minum milo dengan crackers, dan lunch nasi putih, sayur n ikan rebus.takde lemak.takde kolesterol :)

eh dah lama tak mkn ikan bakar tau.sabtu hari tu aku makan dekat gerai area kelana jaya..mkn ikan pari bakar..sumpah sedap okk.dah tak igt dah pasal diet2 sume ni..lepastu tetiba rasa nak pergi zoo negara.he3 boleh tak?kunun2 nak pergi night safari.plan nak tengok harimau tido.he he he.lagipun malam ada animal show.tapi akhirnya masuk sampai petang je...lagipun apalah orang2 dewasa macam aku nak buat lama2 dalam zoo...
but i really had fun :D
kak aida ada tag aku..n kasut pun tag jugak..so aku buat sekaligus.lantakla nak buat jugak.

aku baru perasan kutelah di tag oleh kak aida, dan kasut.
7 fakta mengenai diri aku sebagai norhalisa idayani..

1) aku petite ==>> yup, tinggi aku tak sampai 5 kaki.
2) aku kidal ==> tau mkn je dengan tangan kanan.kalau pakai sudu aku guna tangan kiri.
3) aku tak makan durian ==> dan segala yang ada bau dia (bubur, aiskrim, tempoyak) nangka betik cempedak manggis
4) aku suka kucing ==> aku sayang betul dengan kucing terutamanya kalau yg comot tepi jalan.aku kesian!
5) aku akan jadi pendiam bila tak biasa dengan orang.kalau dia macam okai baru aku selesa nak borak2.
6) aku senang tertido ==> bf aku selalu merajuk sebab tak sempat reply sms kecian dia
7) aku tak suka bersukan ==> lantaklah, aku memang tak suka.aku cuma suka tengok aja untuk pengetahuan am.

7 perkara yang menakutkan aku sebagai norhalisa idayani..

1) aku takut orang garang2 ngn aku.memang aku takkan bertegur ngn orang garang2 ni.
2) aku takut hantu dan cacing.
3) aku takut cikgu komputer masa aku form 2.beliau menyebabkan aku takut nak sentuh cpu selama beberapa tahun.
4) aku takut mati.(mesti kena serius2 sikit)
5) aku takut orang2 yang aku sayangi mati.boleh tak aku mati dulu?
6) aku takut abang mok (kucing aku) mati
7) aku takut balasan tuhan bertubi-tubi kat aku.

7 lagu yang diminati oleh norhalisa idayani (skg dalam playlist la..sume jiwa2)

1) i'm yours by jason mraz
2) baby i'm yours by arctic monkey
3) running by no doubt
4) think god can explain by splender
5) the sacrament by h.i.m
6) hey julie by fountains of wayne
7) gantung by melly goeslow

7 perkara(material-plastik) yang amat bernilai buat norhalisa idayani..

1) rantai..yg aku sayang sbnrnya pendant dia.bentuk L.lagi satu bentuk hati.
2) jam tangan merah aku yg dah buruk.dah 6 tahun pakai.
3) pic gitar ed ==> betul ke eja pic camni haha.aku dah buang sebenarnya.lepastu baru aku sedar benda tu bernilai dan aku tak patut buang.
4) kucing aku..boleh tak abang mok ni kire perkara?hahahaha
5) sms dalam handphone.aku tak suka buang.ngeeeeeeeeee
6) handphone.
7) kereta

7 pertama kali dalam hidup norhalisa idayani..

1) pertama kali aku masuk wad sbb operation.lepastu nangis.
2) pertama kali aku dapat bunga ialah time form 3 --> ade rose day
3) pertama kali aku pergi sekolah aku mengamuk suruh mak aku masuk belajar sekali.
4) pertama kali aku tahu macamana baby terhasil aku memang takut gila-gila.sampai takut kat budak laki hahaha
5) pertama kali aku period aku menjerit nama ayah aku sekuat2 hati sebab terkejut.
6) pertama kali aku nangis tengok wayang ialah cite kelaka, CJ7
7) pertama kali aku dapat surat cinta ialah masa darjah 3.

7 orang yang AKU mahu tag..

1) shikin
2) ruru
3) cafik
4) nany
5) zaid (aku tau dia mmg takkan buat)
6) hani
7) sape2 yg rajin cam aku hehe

Thursday, June 12, 2008

si gagal lagi

ini cerita sedih.
baik jaga2 aku tengah sedih ni.

eh aku dah hitam sebab pegi sunway lagun ngn adik2.best gile la.rasa nak pegi lagi.abih lebam2 badan ntah apa yg aku langgar tah.
tapi bukan nak cerita pasal ini.ok sambung blk cite sedih.

december lepas aku timbang berat badan.macam biasa jela, selalunya itula berat badan ideal sejak bertahun tahun.memang tak turun, tak naik.macam itula aja.

baru-baru ini aku timbang lagi.boleh tak naik sampai 6 kilo???stress gile rasanya.dalam masa 5 bulan aku naik 6 kilo.kaki besar.patutla seluar sume tak muat.g memane pakai sua cerut je

:(

benci aa.

jadi sejak minggu lepas aku cuba la nak berdiet.ha jangan nak suruh aku exercise.bukan malas alasan nya, tapi aku tak ada masa.he he he.
jadi aku ingat cara terbaik ialah dengan jangan makan.memang semangat tengah berkobar2 macam jalur gemilang je dahni.
cntohnya semalam kut.dengan jayanya makan kacang je time lunch.
tapi malam makan nasi ngn sotong kunyit ngn tomyam plak lagi.hancur.

jadi, pagi tadi datang office berazam nak diet.tapi sampai je bebudak office ajak g cafe tau.terus je ringan mulut order mee goreng ngn telur mata.
hampeh.camne aku nak diet ni.

waaa!!!!

Saturday, June 7, 2008

penggagal

ye, dunia..
aku gagal assesment tersebut.

he he he tapi aku takdelah berharap, aku tau memang aku tak layak just pergi pun sebab mencuba.tutupjelah cerita asesment aku si gagal ni.

anyway, 5 June ialah harijadi the greatest man in the world iaitu en.harun.selamat harijadi, abah.
jadi, mood aku minggu ini masih sangat baik...
..until yesterday.

semalam aku diganggu seksual oleh lelaki miang dalam keretapi-terhegehhegeh-malaysia (ktm).mangsa raba.
kebodohan apekah?syaitan betul.benci!benci!ini yang buat aku menyampah nak naik public transport ni.

disebabkan itu pagi tadi muka aku masam aja dalam tren.takda dah nak senyum2 kat makcik2.tak kuasa dah nak duduk tempat rollercoaster.malas dah nak tengok orang homeless bangun pagi garu mata.

benci.

Tuesday, June 3, 2008

mood baik

:)
bulan ini bermula baik..walaupun suanana office suram, sebab semua pun sibuk tapi aku rasa ceria pulak..asyik menyanyi aja.hahaha..kesian shapik kne dengar..peduli lah dah mulut ni nak menyanyi.hidup berwarna warni macam iklan cat nippon.kunun2 buih cat tu bergolek-golek menyimbah aku la tu.tu yang happy je tu.

sekarang ini aku makan sumi jelly.intan bagi.shapik pulak tgh lipat kertas jadik bintang.er..hehe..dia mmg kreatif.yelah, sedang bersenang senang la ni. OR dah siap :P

hari ini ada yang bercuti..yay baru boleh aku lunch sama-sama...padahal semalam baru je mkn sama.ohye selamat hari jadi jejaka cute.saya harap anda suka dengan hadiah kecil saya tu.hehehe.pening kepala aku mencari hadiah untuk dia ni.nasib baik jumpa.rasa nya sesuai, cuma tak sempat nak beli kad..semalam selekeh aje keluar menyambut, kesian dia.dalam kepala ada plan untuk dia, tapi tak sempat nak buat..macam mana, banyak pulak kerja kat office sekarang, jadi takpelah, plan tu boleh jalankan tahun depan je kut? heheheh

weekend lepas aku habiskan dengan pergi ofis..nasib baik ada yang sanggup temankan aku..ohye ada juga pergi kenduri kahwin.to ija n faizal, selamat pengantin baru k.semoga bahagia ke akhir hayat tau.comelje ija pakai baju pengantin kaler gold..

aku nak pakai kaler ape eh kawen nnt?mm kaler silver cantik jugak.

hah berangan!
sambung balik mkn jelly.

Wednesday, May 28, 2008

tag thingy

okkkk ni jai plak tag aku..
heheheh saje gatai nak buat.hey, kalo taknak baca tak payah baca.takde tulis "wajib baca di sini"

1)You're really upset, who is the first guy you'll go to?
- en.harun.

2)If someone liked u right now, wld u want them to tell u?
- yes. i wont bite hehehe

3)Does it matter to you if your boyfriend/girlfriend smokes? Why?
- it does.because i love him la.

4)Last person you texted?
- iqbal.

5)What's something you MUST do before you die?
- kiss my mother's hand

6)When is the last time you went out of the country and where?
- never went out.teruknya aku.

7)Who was your last received call from?
- along.oh sebab dia ajak balik kajang.

8)What are you doing tonight?
- i dont have any plan yet.agaknya balik kajang kot.

9)What are you looking forward to?
- hari gaji.heheh.

10)Have you ever been on a roller coaster?
- mestilah.pernah dgr 'life is a roller coster' tak?

11)Do you care what others think about you?
- never.except for my parents.

12)Do you take showers at night?
- sejuk la.tak suka mandi malam.

13)Name the best person who could cheer you up?
- nur asma binti mohd razali.

14)Have you been to New York City?
- kampung baru pernah la.

15)Who is the last person you added to your contacts list in your phone?
- kawan ukm yang kujumpa kat exam kpli.

16)What is the name of your cousin's best friend?
- nadia kut (gf dia)

17)What did u do yesterday?
- watched Indiana Jones.padahal kena stayback kat opis.keji.hehehe.

18)Whose house did you last go to?
- pakcik

19)What is the last movie you watched?
- indianan jones la.

20)Do you believe that you can change someone?
- i can, if i want to.

21)What are you going to do after you do this survey?
- finish my neverending ORs

okai, aku nak tag sape?dalam link2 aku ni sume dah buat.so sape2 rajin nak buat, buatjelah.tulisje aku yg tag.
hehehe.

tagged by shapik kerepek

aku telah di tag oleh shapik.byk keje ni.tp nak buat la menda ni kejap.hehehe

LIST OUT TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR & THE REASONS FOR YOUR CHOICES

aku nak present yg murahje.sebab kalo mahal mesti tadek sape nak bagi.ok kite mula dari tempat ke 5 dulu ye.

5. aku nak selipar roxy yang anyam2 mcam tikar tu.i'm not wearing heels anymore.sebab sekarang salu sakit kaki.ataupun nak kasut nike jalan2 yang bintik2 tu??konfiusnye.tapi erme dah beli dulu kaler koko.

4. aku nak perfume code.sebab perfume ku dah habis :(

3. aku nak jam tangan perempuan DKNY ni. sebab jam aku macam budak budak :( yang ini terpaksa letak gamba.

2. trip BERCUTI 2 hari 3 malam tak kisah ke mana2, tanpa ada perasaan risaukan OR tak siap.mm takde reason, cuma aku nak bercuti.dari hari tu lagi :(

1. disebabkan 4 hadiah tu sume murah2, so yang no 1 ni kena lah mahal sikit n karut..bolehtak aku nak condo yang macam kat tropicana damansara tu?hehehe.aku nak yang mengadap padang golf tu tau.


THE PERSON WHO TAGGED YOU IS
shafiq

5 IMPRESSIONS OF HER/HIM

1. sangat baran..,
2. tapi suka tolong orang (ape combination ni?)
3. jiwa jiwa + sensitif
4. sangat kuat makan (input)
5. dan cepat pegi toilet (output)

MOST MEMORABLE THING SHE/HE HAS DONE FOR YOU

shapik kerepek selalu tolong aku bile tak reti buat OR.diala juge jiran dan kawan seumpatan.the most memorable thing he has done is : buat lampu hp jadik torchlite sebab jalan nak ke tempat parking sgt gelap.aku ni rabun skit.

PEOPLE YOU WANNA TAG
oke aku tag sape yg tak dapat menda ni lagi.
1. ada ruru
2. kak aida
3. zaid

Tuesday, May 20, 2008

assesment yang bakal tak berjaya

ini pertama kali aku tak sabar cuti hujung minggu aku habis.tak sabar tggu selasa.ada orang yang aku rindu dan ada banyak kerja kat pejabat!..haih..

pasal assesment hujung minggu lepas...ialah P E N A T.macam nak menangis pun ada..memang meletihkan mental dan fizikal..hey ada 8 orang tarik diri tau..mmg mental okkk..apepun aku berjaya habiskan assesment tu walaupun sbnarnya aku rasa macam tak dapat pun hahah..takpelah sekurang2nya bg aku yg pemalu ni okla dapat kawan2 baru dan pengalaman.jadilah kan? :)
tapi penatla..sampai sekarang pun kaki sengal lagi tau :(
pagi ini sampai2 ofis aku buka emel tengok manager mintak aku brief pasal prototaip..padahal aku tengah cuti..rasa takut dan bersalah sangat sebab cuti..tapi aku dah apply awal dan dah approve dah..so, if you are reading this kak zura,(but i hope not) sorry sangat, lisa punya telefon plak hari tu tak dapat terima mesej..

hey ofismates, korang pegi gabai time aku sakit kaki.mistilah tak dapat ikot.jahat! meh bg aku tgk gambar korang!!

Saturday, May 10, 2008

esok hari sabtu

dah lama tak jumpa abang kuning aku dan buat dia jadi senapang..lagipun dia dah sebulan tak mandi.nak kena mandikan ni.asyik masuk longkang je.dah bau lipas dah.
tapi malas la nak balik kajang.......
SAYA LIAT JE NAK BALIIK KAJANG SEKARANG TAU....:P
aku dah berubah e? apa salahnya kan.
kamu semua, semalam berakhir kerana hari ini nak bermula.

to budak opis: jadi ke tak nak g mandi sungai ni?

hari ini aku aku dah siapkan OR.yay!tapi belum print compareIt lagi..aku pun print lah..hari ini shafiq bagi compareIt version baru.jadi akan kuguna version yang baru mula hari ini..

version baru ni, aku tak buat setting pun.main print aja.lepastu dengar bunyi printer tu tak henti-henti mencetak.seminit, aku biar..2 minit, aku jenguk2..lepastu 3 minit aku tak sedap hati..sekali datang kat printer, dah print tebal macam kamus dewan bahasa.he he he.
aku tekan2 interrupt pun dia buat tak tahu jugak.print jugak lagi..

lepastu kantoi dengan syazlin dengan aizu.kesian derang sbb sume paper dah jadi recycle..

jadi hari ini aku berjaya rosakkan satu rim paper.

he he he..
ohye aku dah tukar no.telefon tau.sukatilah kenapa nak tukar.sape nak number aku g email aku skg ek.

Saturday, May 3, 2008

selamat hari pekerja dan selamat hari jadi heng

pertama kali aku bercuti sebab hari pekerja ialah semalam.hari cuti melayan adik2 main taman.naik eye on malaysia.makan aiskrim seringgit.tapi tak dapat cd gita pun.dengan beli mangga cucuk2.rasa macam jadi budak2 semula :)

2, 3 hari ini aku rasa aku dah pulih.
serius.
dah tak nak sedih sedih lagi.
tak nak monyok monyok menung monitor.tak nak rasa macam separuh mati.

kawan-kawan,
mungkin anda semua boleh tolong saya.

oke ini bukan nak mengampu, sebab mungkin mereka2 ini tak sedar pun mereka ada dalam list.tapi samada mereka sedar atau tak, ada beberapa orang yang buat aku gembira akhir2 ni..apa mereka buat ni?

1.mereka tulis cerita2 dalam blog dan buat aku baca
2.mereka masak talapia goreng kicap!
3.mereka temankan aku breakfast, lunch,dinner,supper
4.mereka makan aiskrim dengan aku,
5.mereka ajak aku tengok wayang/berjalan-jalan

6.mereka bluetooth mp3 the cure,
7.mereka call masa aku menangis sepanjang malam,
8.mereka hantar email sweet,
9.mereka buat kelakar dari 830 sampai 530,
10.mereka ini buat aku terhibur saja!!

(mereka kata ganti nama diri ke tiga, bukan kata kerja tau)
jadi tak ada sebab untuk aku rasa separuh mati lagi.mereka tak sedar sebenarnya mereka menolong aku...

to mend my broken hart.
he he he

jeles tak aku ada mereka?heheh.aku sayang sangat dengan mereka-mereka ini.mmmwah!!

Wednesday, April 30, 2008

love sparks!!love..perhaps??

aku perasan kalau iklan cornetto mesti ada unsur cintan sikit. ala-ala sweet gitu..menghiburkan aku saje..hiburan kat malaysia, aku ini buta seni.atau sebenarnya aku tidak berapa ambil tahu sangat.cuma aku dengar untuk pengetahuan am dan ear candy dalam kereta.

tapi kalau lagu aiskrim gita dan dafi itu semua orang pun tahu, kan?yalah masuk tv masuk radio takkan la tak tahu kot eh.

cumel betul gita tu.

semalam aku dan dia makan-makan aiskrim.masa beli aiskrim cornetto tu en.cashier tu bg cd free.cd cornetto love sparks, ada lagu gita dan dafi..hehe tak kisahlah lagu gita dan dafi pun.okei ape.ni yang nak berangan naik basikal ni.pastu langgar2 orang.tukar2 tayar.

koh koh koh.

Saturday, April 26, 2008

lovesong

sepanjang malam dengar lagu cinta ni.sampai terlena.

thursday, 240408, lovesong, the cure :)


Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again

However far away I will always love you
However long I stay I will always love you
Whatever words I say I will always love you
I will always love you

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am free again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am clean again

However far away I will always love you
However long I stay I will always love you
Whatever words I say I will always love you
I will always love you


Tuesday, April 22, 2008

percuma : hari hujung minggu


sejak akhir2 ni sabtu dan ahad aku memang percuma habis.lansung tak ada kerja dan tak ada aktiviti.tak payah pening dengan exam spa, kemas rumah, dating, kerja kat pejabat ataupun shopping.

tak ada.

jadi aku isikan masa terluang hujung minggu lepas dengan perkara berfaedah seperti tidur, tengok tv, berjalan2 dengan kawan2 dan tengok wayang.
:D

sabtu aku tidur sepanjang hari sebab kurang sihat.kadang2 aku turun makan dan tengok tv.lepastu tidur semula.

hari ahad aku jalan-jalan dengan kawan-kawan lama.rindu kat diorang ni.g makan-makan.g minum2.ngumpat2..jakun2..hehe maklumlah aku tak pernah naik erl.

okai..bila malam pulak, tengok congkak.cerita hantu tapi tak seram.aku tak takut lansung tgk cerita tu.atau mungkin malu nak tunjuk takut kat orang sebelah...malu lah aku kalau terpekik2 kan..
thanks belanja saya orang sebelah :D


jadi, tak mustahillah malam semalam aku tidur dengan lenanya..:) bahagia nya bila hujung minggu jadi percuma!

kepada jan harap entry ini difahami.jangan komplen2 dah heheh

Friday, April 18, 2008

percintaan di secret recipe

pasal pengangkutan awam.

yang mana aku gunakan setiap hari untuk bergerak.siapalah aku tanpa public transport..susah btl dapat teksi pagi tadi.kan bagus takyah naik teksi, tren, bas rapid dan sbg nya.takpayah kisah panas lambat dan kena hujan.dahla selalu tersilap naik.hari tu aku tersilap naik tren (aku tak tau kemana,tapi destinasi sebenar aku ialah ukm).lepastu tak tau aku di mana.pening2 lalat kejap.haha teruk gila digelakkan asma.

banyak2 benda dalam dunia, kenapa aku paling takut nak bawak kereta??rasa nak buat tanda L dengan tangan di dahi sendiri aja.terasa loser sgt.. :(

ok sekarang kecewa dengan diri sendiri.

haritu farewell ziela toing2.sedih aja aku rasa.pastu semalam pula last day kumar.makan tengahari dengan kawan-kawan opis.makan kat resipi rahsia :) aku suka kek.jadi lupa pada masalah.sedap n sweet.lebih kurang macam rasa hati orang sedang bercinta kut mungkin?he he he.oke la tu.bolehlah aku menumpang merasa sweet orang bercinta kan?

sedikit cerita ceriti last week..

minggu lepas ada annual dinner.semua orang cantik2 (semua budak meja aku kontrol2) dan makanan pun sedap (kecuali itik.tak suka!) apapun terima kasih bos sebab aku dapat door gift mp3 player dan cabutan bertuah coffee maker.
anda x jeleske he he he

Friday, April 11, 2008

virus-virus firus

semalam aku malu..turun-turun bas aku boleh tergolek cat kat depan lien hoe.sakit pulak tu.malu pulak lagi kena gelak..rasa nak buat2 pengsan aje sebab dah malu sangat.heheh..pagi ini pulak aku sakit perut muntah-muntah.tak larat nak pergi keje. tapi virus ini harus diperangi jugak.sebab kat pejabat banyak kerja yang nak disiapkan :( takpelah kang kalau tak larat sangat aku MC aje.
jaga awak en.virus..saya takkan lepaskan awak.
mamat2 sebelah saya yang hensem,bolehkah awak semua siapkan OR saya ni?


ohye blog aku dah terkantoi dengan rimau.cabut belang kat badan baru tau.

Wednesday, April 9, 2008

bercuti

tiada enty untuk bercerita pasal janji yang cuma tinggal janji.jangan harap!
cerita lain, certa lain.

adakah anda pernah mencabut belang pada badan harimau??
he he he.
semalam bual2 dengan kawan baru ku.macamana boleh berkawan dengan seekor harimau ni entahlah.tapi harimau tu taklah garang macam yang aku sangka..
muka je byk belang koh koh koh (agak2nya dia jumpa tak blog aku ni)

okey marilah tulis perkara sebenar yang aku nak tulis.
mm aku sebenarnya teringin nak pergi bercuti.takyah jauh2 pun takpe.kan best dapat pergi berjalan melihat awan...awan kat tropicana ni tak best lah.banyak yang hitam-hitam dan kelabu.semua tak membentuk apa2..aku nak lihat awan yang putih2 gebu tu.yang boleh buat aku pening meneka bentuknya.

kawan kawan apelagi.
jom lah kita bercuti.

Tuesday, April 8, 2008

ear candy ku

lagu avenged sevenfold...
luv this band so much!


DEAR GOD

A lonely road, crossed another cold state line

Miles away from those I love purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade...

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Saturday, April 5, 2008

semalam

hari ini boleh tak aku cerita pasal cerita semalam? sebab hari ini bakal tak menarik.kena training java sampai malam.
leceh betul.
boleh la ye cite pasal semalam.
tapi sebelum tu kena tulis sikit pasal hari tu.
hari itu aku terserempak dengan ex boyfriend aku dengan seorang perempuan dekat the curve..tapi tak sempat nak hye hye dengan dia..dia pun tak perasankan aku.

sebenarnya dah setahun aku tak jumpa, jadi agak terkejut la kan terserempak dengan dia.lagipun kami dah lost contact.apa yang boleh aku katakan ialah dia masih kelihatan macam dia yg dulu, manis.(erk memang x bf aku ni manis orangnya).nampak bahagia aje jadi aku tak berani nak tegur..

rupanya dia dah pun bertunang.itupun sebab aku buka friendsterpage dia.

masa tau dia dah bertunang, aku rasa sangat semacam.sebab aku teringat zaman2 belajar dulu, susah senang sama2.sangat semacamlah rasanya.

anih kan?

itula cerita semalam..
dah pun berlalu.
tapi ia ada permulaan tentang sesuatu.
semalam aku dapat kawan baru.
;)

Wednesday, April 2, 2008

last day jai

jai pun dah takda kat opis lagi mulai hari ini tukar kerja berpindah ke tempat yang lebih baik.sedih pun ada juga la tapi takpe, aku doakan beliau berjaya :)
macam biasa la farewell dia kami pergi makan2, kali ini kenny rogers the curve..borak2 makan2. petangnya pula ramai2 buat prank untuk jai.wah semakin ramai prankster kat opis aku ni.calon kapten kumpulan ini ialah zaid.

petang itu dengan gembira aku membaling-baling belon secara tak tentu arah.koh koh koh.tapi kesian nak baling pada jai, so aku baling kat kereta dia je..

lepas ni takda sapa nak kacau2 aku dan supply mp3 kat aku :(
lepas ni team makan2 cari jalan pun dah kurang...
lepas ni sape nak tekan interkom kat curve tu time lunch..


apepun..to jai: good luck!!!

interview



Monday, March 31, 2008

iams untuk si dia

aku bertarik-tarik dengan si kuning buah hatiku yang sibuk nak ikut pergi kerja pagi tadi.tak tahulah kenapa dia suka sangat duduk dalam kereta.suasana kereta yang ada ekon kut yang meriangkan dia.kesian aku tengok muka comot dia tu.

+++b u a t s i k u n i n g k u+++

nnt kak icha beli iams byk2 kat awak.nak perisa apa?ocean fish ke chicken?

Friday, March 28, 2008

last day min

tan hong min yang bekerja di opis aku kini dah tak bekerja lagi.sedih pulak sorang-sorang nak berenti.aku pun berentilah camni.nak notis cepat2.nak mogok lapar byk2.ingat aku tak suka ke berenti?mengenangkan kena bayar kereta je aku keje lagi katsini.kalo tak dah lama aku menganggur tau!


last day min kami xybase sekeluarga pergi makan2 di Carls Jr.komen tentang mkanan tu, okailah.cuma memula aku risau tak halal je.pastu nmpk tanda halal tu,okailah.

yg aku suka ialah lukisan budak2 sekolah kat dinding dekat Carls Jr tu..ape nama dia ye?mural ke ape.ha benda tulah yang aku suka.ada gamba tapak tangan la tapak sulaiman la..macam2.gamba jai pun ada kat situ.pandai budak2 tu lukis.dah snap dah tapi tak bawak kabel handphone.tak boleh nak tunjuk kat sini.takpelah lain kali aje.he he he.

selain makan2, budak2 ni plan nak prank si tan hong min ni.dengan sopannya aku pun turut membantu si prankster2 sekalian (shafiq jai zaid nany raje kam erme yasmin alin sume tak terkecuali okkk)dengan menyediakan bahan2 nya.bahan2 kumuhan plak tu.bahan2 tersebut nak dibaling pada min.....

koh koh koh.
gile keji derang ni.


to min : selamat bekerja baru..jg diri baik2 k!

Friday, March 21, 2008

teka teki keta keti

macam siti situ sana sini lak. he he he
teka teki hari ini.

dalam sebuah negeri,ada satu cerita..
arakian watak utamanya seorang lelaki..bertubuh sederhana, perawakan pun biasa-biasa saja..apa yang menarik tentang lelaki ini ialah kelembutan bahasanya.kira watak baikla..
lelaki ini mempunyai seorang teman baik(juga seorang lelaki), yang merupakan watak kedua dalam cerita ini..mereka berkawan baik walaupun perwatakan berbeza..(lelaki pertama baik budi dan lelaki kedua sangat hitam wataknya)..

lelaki kedua ini alkisahnya suka bermain-main cinta dengan perempuan dan banyak lagi lah perkara tak elok yang tak sanggup ditulis oleh penulis..malah lelaki kedua selalu mempengaruhi lelaki pertama mengabaikan aweknya dan berpoya-poya dengan perempuan seksi.padahal aweknya tak cari pasal pun dengan lelaki kedua.sehingga stress aweknya itu.


soalannya:
1) patutkah lelaki pertama mendengar kata kawan baiknya itu?

2) patutkah awek lelaki pertama carik sahaja bf lain?

3) apakah nilai2 murni yang boleh didapati dari cerita rakyat di atas?


ohye ade sedikit eye candy untuk mereka.selamat membaca.

untuk lelaki pertama..

saya nak berhenti.
sudahlah.
saya ingatkan saya takkan penat.
entah sejak bila saya sedar
rupanya saya dah tak larat
biarlah
kali ini
tak siapa pun akan berlari
kerana tak ada yang akan mengejar lagi

untuk lelaki kedua.yang ini aku suka!

bersungguh-sungguhlah ini
bertungkus lumus tahu?
saya pandang atas,
saya pandang tepi dan setiap sudut.
mana celah yang kelihatan saya terpa.
sepertinya ada cahaya.
sepertinya mentol kecil kartun muncul atas kepala saya

tak juga
saya masih tak tahu
kenapa?
tolong beritahu saya
wahai encik lelaki kedua
pergi dari hidup lelaki pertama!

Thursday, March 20, 2008

esok cuti yay!

memanglah aku suka dengan pagi.ia segar dan baru.buat hatiku berbunga-bunga saja macam menonton cerita korea..buatkan aku tertanya-tanya bagaimana pagi2 seterusnya...ah misteri betul en.pagi ini.cuma jangan percaya sangat dengan pagi.kadang-kadang pagi boleh berdusta.tak usah merencana terlalu awal.nanti kena tipu dengan pagi.

tak mahu menulis tentang tengahari.
tak suka menulis tentang dia.

kalau boleh dipilih, aku jatuh cinta dengan senja.suka bersiar-siar naik kereta bila senja..pun sama macam pagi, buatkan hatiku berbunga-bunga saja.bezanya senja lebih jujur..senja tak main-mainkan perasaan aku macam lelaki kasanova.bila senja, aku dapat jawapan pagi.


saat aku taip entri ini, aku tak sabar menunggu petang menjemput senja.

Tuesday, March 18, 2008

hujan yang indah

2 mug besar kfc aku buat milo panas.aku yang comel dan tidak berdaya ni memang suka minum milo...kalo pegi mana2 mesti nak milo..takpun ribena.sedap!buat milo panas banyak2 memang best bila hujan2 camni.suka hujan kat pejabat.kat tingkap boleh nampak padang golf.boleh tengok bintik2 air hujan nanti..putihje.macam kita hembus nafas kat situ..meja aku jauh dengan tingkap..tak best bukan?sbb tula aku letak 2 ekor robot atas meja. 1 warna hijau dengan merah.1 lagi warna oren dengan putih.yang robot merah hijau ni dia yang bagi.ada topeng belang2 pastu ada 4 senapang.garang muka dia (robot ni)..dekat monitor ada 3 ekor dolls.aku rasa yang berambut purple ni macam aku.comel dan sopan.hahaha!!

cerita ceriti ini dimasukkan di entri ini kerana aku happy.milo panas,hujan, robot2 buat aku rasa senang.
:) kerja aku dah siap.
koh koh koh.
leganye hati.

H20

asma janji nak bawa isi dari perigi suci itu untuk aku.
semoga 2 molekul hidrogen dan 1 oksigen di dalamnya buat aku jadi lebih kuat.semoga memori tentang yang satu itu terpadam.

jaga diri baik2 asma!

Monday, March 17, 2008

kenangan yang fresh hehe

kalau nak ikutkan mata, dah lama aku pejam2kan saja dia.aku mengantuk sangat sekarang.

hari ini pasal giliran.
pagi tadi aku lama betul dalam tandas lrt masjid jamek.bkn lama memerut tapi lama menunggu. perempuan di depan aku tinggalkan pula kenangan kumuhan beliau 'fresh-fresh'. terpaksa aku Q line sebelah.
keji.


sistem lrt pulak buat hal.
barisan jadi 3 line.
sempat jumpa kawan seunibersiti plak tadi.
sampai ofis kol 935 (lambat gila)
dan sekarang aku still mengantuk lagi :)

tq berry much!

revlon kaler berry blonde.
yep aku dah beli tapi blom rajin nak pakai.tapi cerita kat sini bukan pasal pewarna rambut revlon tu, tapi pasal seorang perempuan melayu, aku agak-agak usia dalam 30 an.pakai tudung dan pakai baju belang.

masa nak pilih2 kaler rambut tu perempuan tu langgar aku.dengan troli.mak oi sombong gila perempuantu.pastu sound aku dengan kasar2.dahla langgar kaki aku..kerek macam cerek.

aku tak kisah, mb dia sedang premenstrual syndrome ke hape.cuma aku hairan ngn org camni..mana tah hilang budi bahasa dia.

perempuan tu berjaya di laserkan oleh adik aku..

"ko ni apesal.kerek tak tentu hala"

dan aku sengih je sebab perempuan tu terdiam.suara adik aku satu watson dengar.

he he he

Friday, March 14, 2008

howlyshitto

aku dan 2 orang.
orang pertama..

si dia buatkan pagiku jadi gelap.bukan cuaca yang gelap tetapi suasana tu yg gelap.tahap stress makin melampau-lampau pulak..aku stress sendiri lalu takleh nak buat kerja...dahla kne submit sebelum tengahari.
terbaik!

aku rasa dia tak suka kat aku.
lantak lah...aku tau dia baik, mb diri aku di bawah pengaruh emosi yang meleleh.
atau mungkin putaran angin dalam ruang diafragma dia tak begitu baik.atau aura seorang ketua mestilah terasa berbahang, paling tidak pada telinga aku ini..
tapi dia tak buat ape2pun.
dahtu kenapa aku rase dia tak suka aku?

ah hari ni je kot.takpe ca takpe chill chill

orang kedua..
sebenarnya orang ini penting wataknya dalam hidup aku sejak 2 menjak ni.tapi cam tak adil untuk aku kata macamtu sbb dia sebaliknya..alah biaselah manusia suka berasa penting..dem tetiba aku tertanya pentingkah aku melempang pp sendiri sbb asik pk bukan bukan hari ini?

sakit tau kena lempang?
ni yg aku rase nak merabak ni.

aku sangat not in the mood sekarang..

Wednesday, March 12, 2008

congratulations jim

weekend lalu kawan se ofisku bertunang..congrats to her!! tengok gambar dia sume cantik2.nak taruk sini takut dia marah pulak he he he nnt lah kalo dia kasi aku taruk.angat gembira untuk dia..make up dan baju cantik..yelahkan darah manis haruslah seme nampak cantik.ni yang berangan nak tunang ni.aku dapat bantal kecik2 yang wangi tu n shafiq plak dapat telur org kawen.tq jim!!

Tuesday, March 11, 2008

lepak secara positif

stress dan letih akibat kerja menyebabkan aku amik cuti.lagipun ade kenduri kahwin dan pilihanraya..

(pasnilah cite pasal weekend aku kat kampung)

kamis aritu aku makan2 dengan kawan-kawan lama.dah lama tak jumpa derang..mulanya edy hantar aku ke bangi, tapi kemudian aku paksa edy ikut sekali dan dia pun menurut saja.

kami lepak-lepak sambil makan-makan kat serdang, tempat favourite zaman study dulu..takda apa sembangnya, berkisarkan hidup kami, kerja, bertanya khabar..sesekali mengumpat dan mengusha mereka yang lalu lalang..kadang-kadang takyah bercuti jauh-jauh, sekadar sembang kosong dah boleh redakan tekanan..
best juge lepak camni.
borak-borak.
sap sap kok. he he he
ringan otak.

rindulah zaman universiti dulu..

Thursday, March 6, 2008

permintaan terakhir??

korang pernah tak dengar lagu permintaan terkahir? kata orang lagu ni dinyanyikan oleh seorang banduan sebagai permintaan terakhir dia sebelum ke tali gantung..dia dijatuhkan hukuman itu selepas dia sendiri yang menyerah diri..cerita nya macamni..tunang yang dicintainya curang dengan bekas kekasih nya (kire gf dia curang ngn x bf dia aa) dan oleh sebab terlalu kecewa dia membunuh lelaki tersebut sebelum membunuh tunangnya..(orang kata la..maaf kalo aku tersilap fakta)

hari ini seorang kawan forwardkan lagu tu..dah lama aku cari lagu ni tapi tak da sape yang tau lagu ni..tiba tiba kawan kasi plak kan..so kalo ada masa dengarlah lagu ni..bila dengar semacam boleh rasa si lelaki tu sangat sedih dan kecewa...

ah fak percintaan!
he he he

Wednesday, March 5, 2008

aku sudah tahu

kalaulah..

itula perkataan yang paling aku benci.
ada satu insiden hari ini yang buat aku semakin pasti dan yakin tentang takdir.

aku tidak ditakdirkan untuk tahu 5 bulan lalu. Jadi untuk apa aku mengetahui nya hari ini?

kalaulah aku tahu tentang itu 5 bulan lepas, aku bersyukur. tentu saja aku tak berhenti senyum sampai berkedut pipi. mestilah aku ceria macam baru lepas siapkan CR. ataupun gelak tak henti-henti sampai kejang peparu.
Itupun kalau aku tahu 5 bulan yang lalu..

Tapi, asalkan aku sudah tahu,cukuplah..
Cukuplah daripada tak tahu menahu.
Haih!

Monday, March 3, 2008

peparu ku kejangg!!

The Curve sangat lengang rupanya waktu tengahari..lunch kali ini dikendalikan oleh team makan2 cari jalan aku bersama teamates..alamak tak ada gambar sebab lapar sgt!seronok sangat hari ini sebab sepanjang jalan 4 makhluk Allah tu asyik buat aku ketawa..bercadang nak cari lipstick revlon yang baru tu tapi dah habis kat watson so kesian pulak kat shafiq dan kam kena tunggu, jadi aku pun cancel la saje pencarian lipstick tersebut.


shafiq lainkali jangan paksa aku tekan interkom tu lagi.
kam jgn salah ckp lagi.
raje jgn kaco2 kam lagi.
Makan kat Chicken Rice Shop dengan 4 ekor makhluk ciptaan Tuhan tersebut memang menaikkan mood ceria aku hari ini :D
Terima kasih jai shafiq raje dan kam kerana membuat peparu ku kejangg!!

Thanks jai bawak kite org jenjalan!

..pillow talk..

hujung minggu lepas adalah hujung minggu terbaik!
well kocek berisi manakala tak payah kerja sabtu dan ahad.
dan kucing aku (nama dia abang) yang sakit haritu dah beransur sihat jadi tak perlu nak hantar kucing tersayang pegi vet. sebenarnya dia sakit mata je pun..kena cakar dengan dengan kucing hitam belakang rumah..kes rebut awek..dah abang tu kacak sikit dari dia pastu dah huduhkan muka abang pulak dah kenapa?..dengki sungguhla..

"abah kesian tengok abang mok ni.."
"kenapa bah?"
"yelah muka handsome tapi tak gak dapat awek.."
"er ntahlah abah, maybe dia tak cukup taf lagi..baru lawan kucing hitam kurus dah kalah.."

jadi hujung minggu diisi dengan perkara berfaedah seperti karoke menonton tv makan makan dan berjalan jalan he he he

yang penting hatiku senang...ye tak.

lepas gosok baju kerja smlm before tido aku borak dengan adik lelaki aku,idham..berikut merupakan perbualan kami..

"kak ica tak kemana ke mlmni?"
"takdelah.kenapa"
"kak ica ni tak bujang betul..hari cuti pegilah merayap ngn kawan-kawan..tengok am, smlm am pergi carik hantu kat bukit tunku.."
"eleh takde benda lain ke nak megah?cari hantu kire bujang ke?"
"tapi best kak ica..pegi ospital cheras pun am penah tau.."
"ape kejadahnye carik hantu?nnt dia ikot ko balik kan susah..tak pasal2 dia suka pulak ngn rumah kita nnt.."

pastu ade la lagi beberapa minit sebelum tido dia ceritakan pengalaman2 dia yang boleh dibuat iktibar..iktibar pebendanya tetibeje.seram jugakla cerita adik akuni..cerita pasal rumah botak Chin..dia ialah penjenayah yang rompak bank sbb nak tolong org susah..adik aku cerita rumah dia banglo atas bukit, tapi jalan nak naik kawasan berbukit tu memang seram la..lagi seram dari nak balik ke rumah nenek aku kat pahang. Dalam perjalanan dan gelap malam tu, dia dengan kawan2 dia nampak seorang lelaki tengah jogging..(tengah malam bute ni joging hape la kan) Bila dah sampai kawasan tu..suasana tetibe rase lain macam..Kelihatan rumah tu besar dan cantik tapibiasela rumah tinggal kan..bila masuk je kita boleh rase kehadiran 'benda' tu..aku cam was2 gak dengan cerita adik akuni, tapi beliau jarang menipu. jadi aku diam jela, layan jelah kan..
Dia masuk berempat rumahtu..

"kalo nak masuk kawasan camni kena ganjil kak ica.."
"apesal lak?"
"sbb takut nnt jadi genap.."

Terdapat 1 kolam renang kat banglo tu..sayup2 dari atas nampak kolam renang tu..kire kita naik terus kat atas rumahla..air kolam tu hitam je..aku ckpla..kalo difikirkan logika, tentulah rumah tinggal camtu tak ada air disalurkan lagi..kalopun air hujan, takkan sampai sekolam besar..dan adik lelaki akuni cerita lagi, dia takut sampai pegang2 tangan dengan kawan sebelah kanan dia.bila tengok muka kawan dia, kawan dia senyum..tapi bila padang kiri ade sorang lagi muka serupa..hish seram aku.
macamni aku rela la tak bujang.haih!

pernah jugak aku berniat nak ikut kawan2 cari hantu.tapi mendengar saje cukuplah.

ok cerita hantu ni berhenti di sini..takut..he he he..

Saturday, March 1, 2008

>> lakunan yg berjaya <<

hari semalam penuh pura-pura manakala harini aku berlakon dari pagi hingga ke petang he he he..
alah bukan selalu dapat rilek begini, jarang sangat.selalu otak aku sesak memikirkan bebanan kerja dan juga susun atur coding orang terdahulu..bukan ape, aku ni lambat paham..jadi kalo coding tu terlalu tinggi tahap dia pastu aku plak lembap2 kain skit tentulah hasil dia terbaik! he he he..kalo takde error tak sah!
jadi bile semalam dan harini testing nampak okey aku pun mula berniat jahat mau balik awal..

mlmni aku nak beli hadiah untuk adik aku..masalahnya dua2 adik aku bday mereka tarikh dekat2..jadi tak tahulah apa yang patut aku belikan untuk budak-budaktu..

patut tak aku beli jam atau mp3 player?
hmm..

Thursday, February 28, 2008

post pertama

ini post pertama yg aku masukkan dalam blog..aku pun taktau kenapa aku tulis blog ni, nak kata masa lapang tu byk takla juge manjang adeje keje..tapi mungkin blog ini dapat membuka hati para penulis skrip untuk membuat filem pulak ke hehe..

so sesiapa yang terasa tak gemar membaca sila berhenti sekarang..n pada yg masih nak baca, enjoy kkkk... :)