Thursday, March 20, 2008

esok cuti yay!

memanglah aku suka dengan pagi.ia segar dan baru.buat hatiku berbunga-bunga saja macam menonton cerita korea..buatkan aku tertanya-tanya bagaimana pagi2 seterusnya...ah misteri betul en.pagi ini.cuma jangan percaya sangat dengan pagi.kadang-kadang pagi boleh berdusta.tak usah merencana terlalu awal.nanti kena tipu dengan pagi.

tak mahu menulis tentang tengahari.
tak suka menulis tentang dia.

kalau boleh dipilih, aku jatuh cinta dengan senja.suka bersiar-siar naik kereta bila senja..pun sama macam pagi, buatkan hatiku berbunga-bunga saja.bezanya senja lebih jujur..senja tak main-mainkan perasaan aku macam lelaki kasanova.bila senja, aku dapat jawapan pagi.


saat aku taip entri ini, aku tak sabar menunggu petang menjemput senja.

6 comments:

me3n said...

apsal post yg ko tulis hari neh bertarikh semalam? mungkin ko tak set masa malaysia kat blog settings?

rucAlica said...

alamak. baru aku perasan.
terima kasih adek.

rucAlica said...

patutla pc aku ikot time canada rupanya.
*dish dish kat diri sendiri.

me3n said...

oo boyfriend kat canada. faham2. ahaha.

rucAlica said...

er harap maaf.
bf aku bukan berada di canada walhal bukan di tempat2 lain juga.
hehe

Ruby League... said...

hi.. selamat bercuti!