Monday, June 23, 2008

no title

f i k i r a n d a n j i w a k u s e d a n g s a l i n g k a c a u m e n g a c a u t a u

Monday, June 16, 2008

zoo negara

sekarang aku tengah malas kerja.ha ha ha.shapik pula sedang mengalami pendarahan di dahi..hari ini aku berjaya diet dengan sihat.yay.takkan terpedaya dengan nasi lemak telur mata lagi dah.pagi tadi minum milo dengan crackers, dan lunch nasi putih, sayur n ikan rebus.takde lemak.takde kolesterol :)

eh dah lama tak mkn ikan bakar tau.sabtu hari tu aku makan dekat gerai area kelana jaya..mkn ikan pari bakar..sumpah sedap okk.dah tak igt dah pasal diet2 sume ni..lepastu tetiba rasa nak pergi zoo negara.he3 boleh tak?kunun2 nak pergi night safari.plan nak tengok harimau tido.he he he.lagipun malam ada animal show.tapi akhirnya masuk sampai petang je...lagipun apalah orang2 dewasa macam aku nak buat lama2 dalam zoo...
but i really had fun :D
kak aida ada tag aku..n kasut pun tag jugak..so aku buat sekaligus.lantakla nak buat jugak.

aku baru perasan kutelah di tag oleh kak aida, dan kasut.
7 fakta mengenai diri aku sebagai norhalisa idayani..

1) aku petite ==>> yup, tinggi aku tak sampai 5 kaki.
2) aku kidal ==> tau mkn je dengan tangan kanan.kalau pakai sudu aku guna tangan kiri.
3) aku tak makan durian ==> dan segala yang ada bau dia (bubur, aiskrim, tempoyak) nangka betik cempedak manggis
4) aku suka kucing ==> aku sayang betul dengan kucing terutamanya kalau yg comot tepi jalan.aku kesian!
5) aku akan jadi pendiam bila tak biasa dengan orang.kalau dia macam okai baru aku selesa nak borak2.
6) aku senang tertido ==> bf aku selalu merajuk sebab tak sempat reply sms kecian dia
7) aku tak suka bersukan ==> lantaklah, aku memang tak suka.aku cuma suka tengok aja untuk pengetahuan am.

7 perkara yang menakutkan aku sebagai norhalisa idayani..

1) aku takut orang garang2 ngn aku.memang aku takkan bertegur ngn orang garang2 ni.
2) aku takut hantu dan cacing.
3) aku takut cikgu komputer masa aku form 2.beliau menyebabkan aku takut nak sentuh cpu selama beberapa tahun.
4) aku takut mati.(mesti kena serius2 sikit)
5) aku takut orang2 yang aku sayangi mati.boleh tak aku mati dulu?
6) aku takut abang mok (kucing aku) mati
7) aku takut balasan tuhan bertubi-tubi kat aku.

7 lagu yang diminati oleh norhalisa idayani (skg dalam playlist la..sume jiwa2)

1) i'm yours by jason mraz
2) baby i'm yours by arctic monkey
3) running by no doubt
4) think god can explain by splender
5) the sacrament by h.i.m
6) hey julie by fountains of wayne
7) gantung by melly goeslow

7 perkara(material-plastik) yang amat bernilai buat norhalisa idayani..

1) rantai..yg aku sayang sbnrnya pendant dia.bentuk L.lagi satu bentuk hati.
2) jam tangan merah aku yg dah buruk.dah 6 tahun pakai.
3) pic gitar ed ==> betul ke eja pic camni haha.aku dah buang sebenarnya.lepastu baru aku sedar benda tu bernilai dan aku tak patut buang.
4) kucing aku..boleh tak abang mok ni kire perkara?hahahaha
5) sms dalam handphone.aku tak suka buang.ngeeeeeeeeee
6) handphone.
7) kereta

7 pertama kali dalam hidup norhalisa idayani..

1) pertama kali aku masuk wad sbb operation.lepastu nangis.
2) pertama kali aku dapat bunga ialah time form 3 --> ade rose day
3) pertama kali aku pergi sekolah aku mengamuk suruh mak aku masuk belajar sekali.
4) pertama kali aku tahu macamana baby terhasil aku memang takut gila-gila.sampai takut kat budak laki hahaha
5) pertama kali aku period aku menjerit nama ayah aku sekuat2 hati sebab terkejut.
6) pertama kali aku nangis tengok wayang ialah cite kelaka, CJ7
7) pertama kali aku dapat surat cinta ialah masa darjah 3.

7 orang yang AKU mahu tag..

1) shikin
2) ruru
3) cafik
4) nany
5) zaid (aku tau dia mmg takkan buat)
6) hani
7) sape2 yg rajin cam aku hehe

Thursday, June 12, 2008

si gagal lagi

ini cerita sedih.
baik jaga2 aku tengah sedih ni.

eh aku dah hitam sebab pegi sunway lagun ngn adik2.best gile la.rasa nak pegi lagi.abih lebam2 badan ntah apa yg aku langgar tah.
tapi bukan nak cerita pasal ini.ok sambung blk cite sedih.

december lepas aku timbang berat badan.macam biasa jela, selalunya itula berat badan ideal sejak bertahun tahun.memang tak turun, tak naik.macam itula aja.

baru-baru ini aku timbang lagi.boleh tak naik sampai 6 kilo???stress gile rasanya.dalam masa 5 bulan aku naik 6 kilo.kaki besar.patutla seluar sume tak muat.g memane pakai sua cerut je

:(

benci aa.

jadi sejak minggu lepas aku cuba la nak berdiet.ha jangan nak suruh aku exercise.bukan malas alasan nya, tapi aku tak ada masa.he he he.
jadi aku ingat cara terbaik ialah dengan jangan makan.memang semangat tengah berkobar2 macam jalur gemilang je dahni.
cntohnya semalam kut.dengan jayanya makan kacang je time lunch.
tapi malam makan nasi ngn sotong kunyit ngn tomyam plak lagi.hancur.

jadi, pagi tadi datang office berazam nak diet.tapi sampai je bebudak office ajak g cafe tau.terus je ringan mulut order mee goreng ngn telur mata.
hampeh.camne aku nak diet ni.

waaa!!!!

Saturday, June 7, 2008

penggagal

ye, dunia..
aku gagal assesment tersebut.

he he he tapi aku takdelah berharap, aku tau memang aku tak layak just pergi pun sebab mencuba.tutupjelah cerita asesment aku si gagal ni.

anyway, 5 June ialah harijadi the greatest man in the world iaitu en.harun.selamat harijadi, abah.
jadi, mood aku minggu ini masih sangat baik...
..until yesterday.

semalam aku diganggu seksual oleh lelaki miang dalam keretapi-terhegehhegeh-malaysia (ktm).mangsa raba.
kebodohan apekah?syaitan betul.benci!benci!ini yang buat aku menyampah nak naik public transport ni.

disebabkan itu pagi tadi muka aku masam aja dalam tren.takda dah nak senyum2 kat makcik2.tak kuasa dah nak duduk tempat rollercoaster.malas dah nak tengok orang homeless bangun pagi garu mata.

benci.

Tuesday, June 3, 2008

mood baik

:)
bulan ini bermula baik..walaupun suanana office suram, sebab semua pun sibuk tapi aku rasa ceria pulak..asyik menyanyi aja.hahaha..kesian shapik kne dengar..peduli lah dah mulut ni nak menyanyi.hidup berwarna warni macam iklan cat nippon.kunun2 buih cat tu bergolek-golek menyimbah aku la tu.tu yang happy je tu.

sekarang ini aku makan sumi jelly.intan bagi.shapik pulak tgh lipat kertas jadik bintang.er..hehe..dia mmg kreatif.yelah, sedang bersenang senang la ni. OR dah siap :P

hari ini ada yang bercuti..yay baru boleh aku lunch sama-sama...padahal semalam baru je mkn sama.ohye selamat hari jadi jejaka cute.saya harap anda suka dengan hadiah kecil saya tu.hehehe.pening kepala aku mencari hadiah untuk dia ni.nasib baik jumpa.rasa nya sesuai, cuma tak sempat nak beli kad..semalam selekeh aje keluar menyambut, kesian dia.dalam kepala ada plan untuk dia, tapi tak sempat nak buat..macam mana, banyak pulak kerja kat office sekarang, jadi takpelah, plan tu boleh jalankan tahun depan je kut? heheheh

weekend lepas aku habiskan dengan pergi ofis..nasib baik ada yang sanggup temankan aku..ohye ada juga pergi kenduri kahwin.to ija n faizal, selamat pengantin baru k.semoga bahagia ke akhir hayat tau.comelje ija pakai baju pengantin kaler gold..

aku nak pakai kaler ape eh kawen nnt?mm kaler silver cantik jugak.

hah berangan!
sambung balik mkn jelly.

Wednesday, May 28, 2008

tag thingy

okkkk ni jai plak tag aku..
heheheh saje gatai nak buat.hey, kalo taknak baca tak payah baca.takde tulis "wajib baca di sini"

1)You're really upset, who is the first guy you'll go to?
- en.harun.

2)If someone liked u right now, wld u want them to tell u?
- yes. i wont bite hehehe

3)Does it matter to you if your boyfriend/girlfriend smokes? Why?
- it does.because i love him la.

4)Last person you texted?
- iqbal.

5)What's something you MUST do before you die?
- kiss my mother's hand

6)When is the last time you went out of the country and where?
- never went out.teruknya aku.

7)Who was your last received call from?
- along.oh sebab dia ajak balik kajang.

8)What are you doing tonight?
- i dont have any plan yet.agaknya balik kajang kot.

9)What are you looking forward to?
- hari gaji.heheh.

10)Have you ever been on a roller coaster?
- mestilah.pernah dgr 'life is a roller coster' tak?

11)Do you care what others think about you?
- never.except for my parents.

12)Do you take showers at night?
- sejuk la.tak suka mandi malam.

13)Name the best person who could cheer you up?
- nur asma binti mohd razali.

14)Have you been to New York City?
- kampung baru pernah la.

15)Who is the last person you added to your contacts list in your phone?
- kawan ukm yang kujumpa kat exam kpli.

16)What is the name of your cousin's best friend?
- nadia kut (gf dia)

17)What did u do yesterday?
- watched Indiana Jones.padahal kena stayback kat opis.keji.hehehe.

18)Whose house did you last go to?
- pakcik

19)What is the last movie you watched?
- indianan jones la.

20)Do you believe that you can change someone?
- i can, if i want to.

21)What are you going to do after you do this survey?
- finish my neverending ORs

okai, aku nak tag sape?dalam link2 aku ni sume dah buat.so sape2 rajin nak buat, buatjelah.tulisje aku yg tag.
hehehe.

tagged by shapik kerepek

aku telah di tag oleh shapik.byk keje ni.tp nak buat la menda ni kejap.hehehe

LIST OUT TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR & THE REASONS FOR YOUR CHOICES

aku nak present yg murahje.sebab kalo mahal mesti tadek sape nak bagi.ok kite mula dari tempat ke 5 dulu ye.

5. aku nak selipar roxy yang anyam2 mcam tikar tu.i'm not wearing heels anymore.sebab sekarang salu sakit kaki.ataupun nak kasut nike jalan2 yang bintik2 tu??konfiusnye.tapi erme dah beli dulu kaler koko.

4. aku nak perfume code.sebab perfume ku dah habis :(

3. aku nak jam tangan perempuan DKNY ni. sebab jam aku macam budak budak :( yang ini terpaksa letak gamba.

2. trip BERCUTI 2 hari 3 malam tak kisah ke mana2, tanpa ada perasaan risaukan OR tak siap.mm takde reason, cuma aku nak bercuti.dari hari tu lagi :(

1. disebabkan 4 hadiah tu sume murah2, so yang no 1 ni kena lah mahal sikit n karut..bolehtak aku nak condo yang macam kat tropicana damansara tu?hehehe.aku nak yang mengadap padang golf tu tau.


THE PERSON WHO TAGGED YOU IS
shafiq

5 IMPRESSIONS OF HER/HIM

1. sangat baran..,
2. tapi suka tolong orang (ape combination ni?)
3. jiwa jiwa + sensitif
4. sangat kuat makan (input)
5. dan cepat pegi toilet (output)

MOST MEMORABLE THING SHE/HE HAS DONE FOR YOU

shapik kerepek selalu tolong aku bile tak reti buat OR.diala juge jiran dan kawan seumpatan.the most memorable thing he has done is : buat lampu hp jadik torchlite sebab jalan nak ke tempat parking sgt gelap.aku ni rabun skit.

PEOPLE YOU WANNA TAG
oke aku tag sape yg tak dapat menda ni lagi.
1. ada ruru
2. kak aida
3. zaid

Tuesday, May 20, 2008

assesment yang bakal tak berjaya

ini pertama kali aku tak sabar cuti hujung minggu aku habis.tak sabar tggu selasa.ada orang yang aku rindu dan ada banyak kerja kat pejabat!..haih..

pasal assesment hujung minggu lepas...ialah P E N A T.macam nak menangis pun ada..memang meletihkan mental dan fizikal..hey ada 8 orang tarik diri tau..mmg mental okkk..apepun aku berjaya habiskan assesment tu walaupun sbnarnya aku rasa macam tak dapat pun hahah..takpelah sekurang2nya bg aku yg pemalu ni okla dapat kawan2 baru dan pengalaman.jadilah kan? :)
tapi penatla..sampai sekarang pun kaki sengal lagi tau :(
pagi ini sampai2 ofis aku buka emel tengok manager mintak aku brief pasal prototaip..padahal aku tengah cuti..rasa takut dan bersalah sangat sebab cuti..tapi aku dah apply awal dan dah approve dah..so, if you are reading this kak zura,(but i hope not) sorry sangat, lisa punya telefon plak hari tu tak dapat terima mesej..

hey ofismates, korang pegi gabai time aku sakit kaki.mistilah tak dapat ikot.jahat! meh bg aku tgk gambar korang!!

Saturday, May 10, 2008

esok hari sabtu

dah lama tak jumpa abang kuning aku dan buat dia jadi senapang..lagipun dia dah sebulan tak mandi.nak kena mandikan ni.asyik masuk longkang je.dah bau lipas dah.
tapi malas la nak balik kajang.......
SAYA LIAT JE NAK BALIIK KAJANG SEKARANG TAU....:P
aku dah berubah e? apa salahnya kan.
kamu semua, semalam berakhir kerana hari ini nak bermula.

to budak opis: jadi ke tak nak g mandi sungai ni?

hari ini aku aku dah siapkan OR.yay!tapi belum print compareIt lagi..aku pun print lah..hari ini shafiq bagi compareIt version baru.jadi akan kuguna version yang baru mula hari ini..

version baru ni, aku tak buat setting pun.main print aja.lepastu dengar bunyi printer tu tak henti-henti mencetak.seminit, aku biar..2 minit, aku jenguk2..lepastu 3 minit aku tak sedap hati..sekali datang kat printer, dah print tebal macam kamus dewan bahasa.he he he.
aku tekan2 interrupt pun dia buat tak tahu jugak.print jugak lagi..

lepastu kantoi dengan syazlin dengan aizu.kesian derang sbb sume paper dah jadi recycle..

jadi hari ini aku berjaya rosakkan satu rim paper.

he he he..
ohye aku dah tukar no.telefon tau.sukatilah kenapa nak tukar.sape nak number aku g email aku skg ek.

Saturday, May 3, 2008

selamat hari pekerja dan selamat hari jadi heng

pertama kali aku bercuti sebab hari pekerja ialah semalam.hari cuti melayan adik2 main taman.naik eye on malaysia.makan aiskrim seringgit.tapi tak dapat cd gita pun.dengan beli mangga cucuk2.rasa macam jadi budak2 semula :)

2, 3 hari ini aku rasa aku dah pulih.
serius.
dah tak nak sedih sedih lagi.
tak nak monyok monyok menung monitor.tak nak rasa macam separuh mati.

kawan-kawan,
mungkin anda semua boleh tolong saya.

oke ini bukan nak mengampu, sebab mungkin mereka2 ini tak sedar pun mereka ada dalam list.tapi samada mereka sedar atau tak, ada beberapa orang yang buat aku gembira akhir2 ni..apa mereka buat ni?

1.mereka tulis cerita2 dalam blog dan buat aku baca
2.mereka masak talapia goreng kicap!
3.mereka temankan aku breakfast, lunch,dinner,supper
4.mereka makan aiskrim dengan aku,
5.mereka ajak aku tengok wayang/berjalan-jalan

6.mereka bluetooth mp3 the cure,
7.mereka call masa aku menangis sepanjang malam,
8.mereka hantar email sweet,
9.mereka buat kelakar dari 830 sampai 530,
10.mereka ini buat aku terhibur saja!!

(mereka kata ganti nama diri ke tiga, bukan kata kerja tau)
jadi tak ada sebab untuk aku rasa separuh mati lagi.mereka tak sedar sebenarnya mereka menolong aku...

to mend my broken hart.
he he he

jeles tak aku ada mereka?heheh.aku sayang sangat dengan mereka-mereka ini.mmmwah!!