Wednesday, July 30, 2008

today is wednesday.lambatnye lagiii nak jumaat..


kiut tak tikus ni..heheheh

okai tengah malas nak buat keje ni.tak sedar diri keje banyak tapi nak update blog jugak.hari ini beta berpuasa lagi.tapi tak bangun sahur, ini yang rasa sayur semacamni, pastu jari sejuk2 n nak muntah..rasa nak MC aje.semalam pun buka meatballs je (je??) so memang sah la pose hari ni lembik.mm..ini cari pasal namanyaaaaaa....:(


sejak 2 3 hari ni asik nak buat drama swasta je dengan iqbal..ada2 je aku nak merajuk..macam gilela kan aku asyik nak moncong tiap2 kali kua ngn dia.agaknya red flag hendak berkibar?
haih!sungguh tak suka la camni...
takpelah.i'll just blame it on my hormones.


akan tetapi...
diri ini telah pun berjaya mengapply cuti dengan gigih nya pagi tadi.hehehe.to my officemate, sorry tak dapat nak amik OR yg byk tu isnin ni.haha perasan penting sungguh aku ni.minggu ini ialah balik umah wan kat pahang!jadi sangat tak sabar2 dah ni :)

mood dah ceria balik ni.
k lah take care semua!

Monday, July 28, 2008

tampuk si manggis yang manis


tahukah anda bahawa parut pada buntut manggis melambangkan bilangan ulas dalam buahnya?hehe.

cuba tgk manggis ni kalau tak percaya.tapi gamba bila dah bukak tak sempat nak amik sebab raja dah makan semua.

parut dia 8, jadi isi pun 8 tau?hehehe..lojik la kalau taktau pasalni.tapi percaya tak anda, ada kawan aku nak bukak manggis pakai gigi.heheh.sapela budaktu agaknya.kesian die.hehe.

Thursday, July 24, 2008

brr brr bunyi perut

hellow!!
hari ini mood saye baik ala2 mood cemerlang..harapan pada hari ini ialah bergembira dan bersenang lenang..haha terkutuk betul..sampai2 office aje terus nampak OR atas meja.atas OR ada tulisan besar..FAILED! dengan tanda seru yg bulat.hehe..stress tak?hai..OR failed pun masih boleh gelak2 lagi.yelah takkan nak emo pagi2 ni kan.dah kata mood baik.

jadi semua, hari ini aku puasa tau. haha.

semalam pun puasa. tq iqbal kejutkan sahur..harap berjaya sampai azan magrib nanti...bersemangat ntah ape2.aku ada 4 hari lagi nak ganti ni.lagi satuhal boleh kurus sikit.kecewa betul tengok diri yang semakin shapeless nih.takpe, habis pose ganti ni musti kurus sikit punyelah.fuh fuh.

eh malamni nak buke ape.aku terbayang nugget mcD la skgni.kenapa tah
:(

last weekend aku pegi rumah asma..dia amik kat lrt universiti..best jugak lama dah tak jumpa dia.pastu pegi amek ciwa kat bangi, dia baru balik dari uk..kitorang pegi makan2, nyanyi2..:)

jadi hujung minggu ini..apekah plan.aku pun taktau..mb leh window2 ngn kaklong..ada satu kasut yang sangat yummy, aku jumpa kat one utama few weeks ago.SUMPAH cantik gilela..beta mesti mendapatkannya!!!!

eh tapi gaji lagi seminggu la..takpe kaklong kan ade to mend my broken wallet :P

apekah plan korang hujung minggu?aku nak tiru.

Friday, July 11, 2008

cerita kenduri

lamanya tak update.cam rindu plak..hari ini macam ada masa sikit la so bolehla update satu dua cerita :) kali ini siap letak gamba sekeping 2.bolehla kan ye?

last weekend ada kenduri kawen kat PD.aku dan centa hati tumpang kereta jai.ye, kami lah makhluk yg berada menjaga jai dan gf dia.bahaya! pagi2 dah pegi ramai2 dengan team mida dan ex team mida hehe.tapi tak macam pergi kenduri tau, lebih pada pergi piknik.heee..lepas kenduri kitoang g mandi-mandi pantai.

sampai pantai aku n centa hati ku terus loncat dalam air.lepastu baru jai ngn wawa.pastu budak2 mida sampai sbb derang ni pegi shopping dulu tau.aku tak beli apepun cuma paw iqbal selipa roxy anyam2 je hahahaha.so kami sume mandi sampai hitam2.sampai sekarang tak hilang lagi sun tan.

time ni macam2la yang boleh dilihat.ada yang jadi jerung, yg jadi ikan duyung.hehe.seronok jugak.pastu wawa ajar aku floating.pastu main banana boat sampai terhantuk hantuk.

mm..sebenarnya kan..haritu aku ade tertumpahkan kuah rojak dekat beg Hani...heee tapi tak mintak maaf sbb takut.dah bersihkan before dia perasan.so hani if you are reading this, sorry sgt2 k. lisa takut nak ckp haritu.tapi sumpah tak sengaja.

kesimpulan nya mmg best la pegi PD tu.pasni nak pegi lagi mandi.

so here are some of pics taken masa kenduri.time mandi takleh letak sbb kurang sopan.


lica, iqbal, nurun, ohm, and milia
jai and wawa

suma perempuan2 yg pergi pada hari itu.wawa capture gmbr


okai pasni leh update pasal perpindahan level dan reply tag jai si jahat.
taaa!

Monday, June 23, 2008

no title

f i k i r a n d a n j i w a k u s e d a n g s a l i n g k a c a u m e n g a c a u t a u

Monday, June 16, 2008

zoo negara

sekarang aku tengah malas kerja.ha ha ha.shapik pula sedang mengalami pendarahan di dahi..hari ini aku berjaya diet dengan sihat.yay.takkan terpedaya dengan nasi lemak telur mata lagi dah.pagi tadi minum milo dengan crackers, dan lunch nasi putih, sayur n ikan rebus.takde lemak.takde kolesterol :)

eh dah lama tak mkn ikan bakar tau.sabtu hari tu aku makan dekat gerai area kelana jaya..mkn ikan pari bakar..sumpah sedap okk.dah tak igt dah pasal diet2 sume ni..lepastu tetiba rasa nak pergi zoo negara.he3 boleh tak?kunun2 nak pergi night safari.plan nak tengok harimau tido.he he he.lagipun malam ada animal show.tapi akhirnya masuk sampai petang je...lagipun apalah orang2 dewasa macam aku nak buat lama2 dalam zoo...
but i really had fun :D
kak aida ada tag aku..n kasut pun tag jugak..so aku buat sekaligus.lantakla nak buat jugak.

aku baru perasan kutelah di tag oleh kak aida, dan kasut.
7 fakta mengenai diri aku sebagai norhalisa idayani..

1) aku petite ==>> yup, tinggi aku tak sampai 5 kaki.
2) aku kidal ==> tau mkn je dengan tangan kanan.kalau pakai sudu aku guna tangan kiri.
3) aku tak makan durian ==> dan segala yang ada bau dia (bubur, aiskrim, tempoyak) nangka betik cempedak manggis
4) aku suka kucing ==> aku sayang betul dengan kucing terutamanya kalau yg comot tepi jalan.aku kesian!
5) aku akan jadi pendiam bila tak biasa dengan orang.kalau dia macam okai baru aku selesa nak borak2.
6) aku senang tertido ==> bf aku selalu merajuk sebab tak sempat reply sms kecian dia
7) aku tak suka bersukan ==> lantaklah, aku memang tak suka.aku cuma suka tengok aja untuk pengetahuan am.

7 perkara yang menakutkan aku sebagai norhalisa idayani..

1) aku takut orang garang2 ngn aku.memang aku takkan bertegur ngn orang garang2 ni.
2) aku takut hantu dan cacing.
3) aku takut cikgu komputer masa aku form 2.beliau menyebabkan aku takut nak sentuh cpu selama beberapa tahun.
4) aku takut mati.(mesti kena serius2 sikit)
5) aku takut orang2 yang aku sayangi mati.boleh tak aku mati dulu?
6) aku takut abang mok (kucing aku) mati
7) aku takut balasan tuhan bertubi-tubi kat aku.

7 lagu yang diminati oleh norhalisa idayani (skg dalam playlist la..sume jiwa2)

1) i'm yours by jason mraz
2) baby i'm yours by arctic monkey
3) running by no doubt
4) think god can explain by splender
5) the sacrament by h.i.m
6) hey julie by fountains of wayne
7) gantung by melly goeslow

7 perkara(material-plastik) yang amat bernilai buat norhalisa idayani..

1) rantai..yg aku sayang sbnrnya pendant dia.bentuk L.lagi satu bentuk hati.
2) jam tangan merah aku yg dah buruk.dah 6 tahun pakai.
3) pic gitar ed ==> betul ke eja pic camni haha.aku dah buang sebenarnya.lepastu baru aku sedar benda tu bernilai dan aku tak patut buang.
4) kucing aku..boleh tak abang mok ni kire perkara?hahahaha
5) sms dalam handphone.aku tak suka buang.ngeeeeeeeeee
6) handphone.
7) kereta

7 pertama kali dalam hidup norhalisa idayani..

1) pertama kali aku masuk wad sbb operation.lepastu nangis.
2) pertama kali aku dapat bunga ialah time form 3 --> ade rose day
3) pertama kali aku pergi sekolah aku mengamuk suruh mak aku masuk belajar sekali.
4) pertama kali aku tahu macamana baby terhasil aku memang takut gila-gila.sampai takut kat budak laki hahaha
5) pertama kali aku period aku menjerit nama ayah aku sekuat2 hati sebab terkejut.
6) pertama kali aku nangis tengok wayang ialah cite kelaka, CJ7
7) pertama kali aku dapat surat cinta ialah masa darjah 3.

7 orang yang AKU mahu tag..

1) shikin
2) ruru
3) cafik
4) nany
5) zaid (aku tau dia mmg takkan buat)
6) hani
7) sape2 yg rajin cam aku hehe

Thursday, June 12, 2008

si gagal lagi

ini cerita sedih.
baik jaga2 aku tengah sedih ni.

eh aku dah hitam sebab pegi sunway lagun ngn adik2.best gile la.rasa nak pegi lagi.abih lebam2 badan ntah apa yg aku langgar tah.
tapi bukan nak cerita pasal ini.ok sambung blk cite sedih.

december lepas aku timbang berat badan.macam biasa jela, selalunya itula berat badan ideal sejak bertahun tahun.memang tak turun, tak naik.macam itula aja.

baru-baru ini aku timbang lagi.boleh tak naik sampai 6 kilo???stress gile rasanya.dalam masa 5 bulan aku naik 6 kilo.kaki besar.patutla seluar sume tak muat.g memane pakai sua cerut je

:(

benci aa.

jadi sejak minggu lepas aku cuba la nak berdiet.ha jangan nak suruh aku exercise.bukan malas alasan nya, tapi aku tak ada masa.he he he.
jadi aku ingat cara terbaik ialah dengan jangan makan.memang semangat tengah berkobar2 macam jalur gemilang je dahni.
cntohnya semalam kut.dengan jayanya makan kacang je time lunch.
tapi malam makan nasi ngn sotong kunyit ngn tomyam plak lagi.hancur.

jadi, pagi tadi datang office berazam nak diet.tapi sampai je bebudak office ajak g cafe tau.terus je ringan mulut order mee goreng ngn telur mata.
hampeh.camne aku nak diet ni.

waaa!!!!

Saturday, June 7, 2008

penggagal

ye, dunia..
aku gagal assesment tersebut.

he he he tapi aku takdelah berharap, aku tau memang aku tak layak just pergi pun sebab mencuba.tutupjelah cerita asesment aku si gagal ni.

anyway, 5 June ialah harijadi the greatest man in the world iaitu en.harun.selamat harijadi, abah.
jadi, mood aku minggu ini masih sangat baik...
..until yesterday.

semalam aku diganggu seksual oleh lelaki miang dalam keretapi-terhegehhegeh-malaysia (ktm).mangsa raba.
kebodohan apekah?syaitan betul.benci!benci!ini yang buat aku menyampah nak naik public transport ni.

disebabkan itu pagi tadi muka aku masam aja dalam tren.takda dah nak senyum2 kat makcik2.tak kuasa dah nak duduk tempat rollercoaster.malas dah nak tengok orang homeless bangun pagi garu mata.

benci.

Tuesday, June 3, 2008

mood baik

:)
bulan ini bermula baik..walaupun suanana office suram, sebab semua pun sibuk tapi aku rasa ceria pulak..asyik menyanyi aja.hahaha..kesian shapik kne dengar..peduli lah dah mulut ni nak menyanyi.hidup berwarna warni macam iklan cat nippon.kunun2 buih cat tu bergolek-golek menyimbah aku la tu.tu yang happy je tu.

sekarang ini aku makan sumi jelly.intan bagi.shapik pulak tgh lipat kertas jadik bintang.er..hehe..dia mmg kreatif.yelah, sedang bersenang senang la ni. OR dah siap :P

hari ini ada yang bercuti..yay baru boleh aku lunch sama-sama...padahal semalam baru je mkn sama.ohye selamat hari jadi jejaka cute.saya harap anda suka dengan hadiah kecil saya tu.hehehe.pening kepala aku mencari hadiah untuk dia ni.nasib baik jumpa.rasa nya sesuai, cuma tak sempat nak beli kad..semalam selekeh aje keluar menyambut, kesian dia.dalam kepala ada plan untuk dia, tapi tak sempat nak buat..macam mana, banyak pulak kerja kat office sekarang, jadi takpelah, plan tu boleh jalankan tahun depan je kut? heheheh

weekend lepas aku habiskan dengan pergi ofis..nasib baik ada yang sanggup temankan aku..ohye ada juga pergi kenduri kahwin.to ija n faizal, selamat pengantin baru k.semoga bahagia ke akhir hayat tau.comelje ija pakai baju pengantin kaler gold..

aku nak pakai kaler ape eh kawen nnt?mm kaler silver cantik jugak.

hah berangan!
sambung balik mkn jelly.

Wednesday, May 28, 2008

tag thingy

okkkk ni jai plak tag aku..
heheheh saje gatai nak buat.hey, kalo taknak baca tak payah baca.takde tulis "wajib baca di sini"

1)You're really upset, who is the first guy you'll go to?
- en.harun.

2)If someone liked u right now, wld u want them to tell u?
- yes. i wont bite hehehe

3)Does it matter to you if your boyfriend/girlfriend smokes? Why?
- it does.because i love him la.

4)Last person you texted?
- iqbal.

5)What's something you MUST do before you die?
- kiss my mother's hand

6)When is the last time you went out of the country and where?
- never went out.teruknya aku.

7)Who was your last received call from?
- along.oh sebab dia ajak balik kajang.

8)What are you doing tonight?
- i dont have any plan yet.agaknya balik kajang kot.

9)What are you looking forward to?
- hari gaji.heheh.

10)Have you ever been on a roller coaster?
- mestilah.pernah dgr 'life is a roller coster' tak?

11)Do you care what others think about you?
- never.except for my parents.

12)Do you take showers at night?
- sejuk la.tak suka mandi malam.

13)Name the best person who could cheer you up?
- nur asma binti mohd razali.

14)Have you been to New York City?
- kampung baru pernah la.

15)Who is the last person you added to your contacts list in your phone?
- kawan ukm yang kujumpa kat exam kpli.

16)What is the name of your cousin's best friend?
- nadia kut (gf dia)

17)What did u do yesterday?
- watched Indiana Jones.padahal kena stayback kat opis.keji.hehehe.

18)Whose house did you last go to?
- pakcik

19)What is the last movie you watched?
- indianan jones la.

20)Do you believe that you can change someone?
- i can, if i want to.

21)What are you going to do after you do this survey?
- finish my neverending ORs

okai, aku nak tag sape?dalam link2 aku ni sume dah buat.so sape2 rajin nak buat, buatjelah.tulisje aku yg tag.
hehehe.