Monday, March 31, 2008

iams untuk si dia

aku bertarik-tarik dengan si kuning buah hatiku yang sibuk nak ikut pergi kerja pagi tadi.tak tahulah kenapa dia suka sangat duduk dalam kereta.suasana kereta yang ada ekon kut yang meriangkan dia.kesian aku tengok muka comot dia tu.

+++b u a t s i k u n i n g k u+++

nnt kak icha beli iams byk2 kat awak.nak perisa apa?ocean fish ke chicken?

Friday, March 28, 2008

last day min

tan hong min yang bekerja di opis aku kini dah tak bekerja lagi.sedih pulak sorang-sorang nak berenti.aku pun berentilah camni.nak notis cepat2.nak mogok lapar byk2.ingat aku tak suka ke berenti?mengenangkan kena bayar kereta je aku keje lagi katsini.kalo tak dah lama aku menganggur tau!


last day min kami xybase sekeluarga pergi makan2 di Carls Jr.komen tentang mkanan tu, okailah.cuma memula aku risau tak halal je.pastu nmpk tanda halal tu,okailah.

yg aku suka ialah lukisan budak2 sekolah kat dinding dekat Carls Jr tu..ape nama dia ye?mural ke ape.ha benda tulah yang aku suka.ada gamba tapak tangan la tapak sulaiman la..macam2.gamba jai pun ada kat situ.pandai budak2 tu lukis.dah snap dah tapi tak bawak kabel handphone.tak boleh nak tunjuk kat sini.takpelah lain kali aje.he he he.

selain makan2, budak2 ni plan nak prank si tan hong min ni.dengan sopannya aku pun turut membantu si prankster2 sekalian (shafiq jai zaid nany raje kam erme yasmin alin sume tak terkecuali okkk)dengan menyediakan bahan2 nya.bahan2 kumuhan plak tu.bahan2 tersebut nak dibaling pada min.....

koh koh koh.
gile keji derang ni.


to min : selamat bekerja baru..jg diri baik2 k!

Friday, March 21, 2008

teka teki keta keti

macam siti situ sana sini lak. he he he
teka teki hari ini.

dalam sebuah negeri,ada satu cerita..
arakian watak utamanya seorang lelaki..bertubuh sederhana, perawakan pun biasa-biasa saja..apa yang menarik tentang lelaki ini ialah kelembutan bahasanya.kira watak baikla..
lelaki ini mempunyai seorang teman baik(juga seorang lelaki), yang merupakan watak kedua dalam cerita ini..mereka berkawan baik walaupun perwatakan berbeza..(lelaki pertama baik budi dan lelaki kedua sangat hitam wataknya)..

lelaki kedua ini alkisahnya suka bermain-main cinta dengan perempuan dan banyak lagi lah perkara tak elok yang tak sanggup ditulis oleh penulis..malah lelaki kedua selalu mempengaruhi lelaki pertama mengabaikan aweknya dan berpoya-poya dengan perempuan seksi.padahal aweknya tak cari pasal pun dengan lelaki kedua.sehingga stress aweknya itu.


soalannya:
1) patutkah lelaki pertama mendengar kata kawan baiknya itu?

2) patutkah awek lelaki pertama carik sahaja bf lain?

3) apakah nilai2 murni yang boleh didapati dari cerita rakyat di atas?


ohye ade sedikit eye candy untuk mereka.selamat membaca.

untuk lelaki pertama..

saya nak berhenti.
sudahlah.
saya ingatkan saya takkan penat.
entah sejak bila saya sedar
rupanya saya dah tak larat
biarlah
kali ini
tak siapa pun akan berlari
kerana tak ada yang akan mengejar lagi

untuk lelaki kedua.yang ini aku suka!

bersungguh-sungguhlah ini
bertungkus lumus tahu?
saya pandang atas,
saya pandang tepi dan setiap sudut.
mana celah yang kelihatan saya terpa.
sepertinya ada cahaya.
sepertinya mentol kecil kartun muncul atas kepala saya

tak juga
saya masih tak tahu
kenapa?
tolong beritahu saya
wahai encik lelaki kedua
pergi dari hidup lelaki pertama!

Thursday, March 20, 2008

esok cuti yay!

memanglah aku suka dengan pagi.ia segar dan baru.buat hatiku berbunga-bunga saja macam menonton cerita korea..buatkan aku tertanya-tanya bagaimana pagi2 seterusnya...ah misteri betul en.pagi ini.cuma jangan percaya sangat dengan pagi.kadang-kadang pagi boleh berdusta.tak usah merencana terlalu awal.nanti kena tipu dengan pagi.

tak mahu menulis tentang tengahari.
tak suka menulis tentang dia.

kalau boleh dipilih, aku jatuh cinta dengan senja.suka bersiar-siar naik kereta bila senja..pun sama macam pagi, buatkan hatiku berbunga-bunga saja.bezanya senja lebih jujur..senja tak main-mainkan perasaan aku macam lelaki kasanova.bila senja, aku dapat jawapan pagi.


saat aku taip entri ini, aku tak sabar menunggu petang menjemput senja.

Tuesday, March 18, 2008

hujan yang indah

2 mug besar kfc aku buat milo panas.aku yang comel dan tidak berdaya ni memang suka minum milo...kalo pegi mana2 mesti nak milo..takpun ribena.sedap!buat milo panas banyak2 memang best bila hujan2 camni.suka hujan kat pejabat.kat tingkap boleh nampak padang golf.boleh tengok bintik2 air hujan nanti..putihje.macam kita hembus nafas kat situ..meja aku jauh dengan tingkap..tak best bukan?sbb tula aku letak 2 ekor robot atas meja. 1 warna hijau dengan merah.1 lagi warna oren dengan putih.yang robot merah hijau ni dia yang bagi.ada topeng belang2 pastu ada 4 senapang.garang muka dia (robot ni)..dekat monitor ada 3 ekor dolls.aku rasa yang berambut purple ni macam aku.comel dan sopan.hahaha!!

cerita ceriti ini dimasukkan di entri ini kerana aku happy.milo panas,hujan, robot2 buat aku rasa senang.
:) kerja aku dah siap.
koh koh koh.
leganye hati.

H20

asma janji nak bawa isi dari perigi suci itu untuk aku.
semoga 2 molekul hidrogen dan 1 oksigen di dalamnya buat aku jadi lebih kuat.semoga memori tentang yang satu itu terpadam.

jaga diri baik2 asma!

Monday, March 17, 2008

kenangan yang fresh hehe

kalau nak ikutkan mata, dah lama aku pejam2kan saja dia.aku mengantuk sangat sekarang.

hari ini pasal giliran.
pagi tadi aku lama betul dalam tandas lrt masjid jamek.bkn lama memerut tapi lama menunggu. perempuan di depan aku tinggalkan pula kenangan kumuhan beliau 'fresh-fresh'. terpaksa aku Q line sebelah.
keji.


sistem lrt pulak buat hal.
barisan jadi 3 line.
sempat jumpa kawan seunibersiti plak tadi.
sampai ofis kol 935 (lambat gila)
dan sekarang aku still mengantuk lagi :)

tq berry much!

revlon kaler berry blonde.
yep aku dah beli tapi blom rajin nak pakai.tapi cerita kat sini bukan pasal pewarna rambut revlon tu, tapi pasal seorang perempuan melayu, aku agak-agak usia dalam 30 an.pakai tudung dan pakai baju belang.

masa nak pilih2 kaler rambut tu perempuan tu langgar aku.dengan troli.mak oi sombong gila perempuantu.pastu sound aku dengan kasar2.dahla langgar kaki aku..kerek macam cerek.

aku tak kisah, mb dia sedang premenstrual syndrome ke hape.cuma aku hairan ngn org camni..mana tah hilang budi bahasa dia.

perempuan tu berjaya di laserkan oleh adik aku..

"ko ni apesal.kerek tak tentu hala"

dan aku sengih je sebab perempuan tu terdiam.suara adik aku satu watson dengar.

he he he

Friday, March 14, 2008

howlyshitto

aku dan 2 orang.
orang pertama..

si dia buatkan pagiku jadi gelap.bukan cuaca yang gelap tetapi suasana tu yg gelap.tahap stress makin melampau-lampau pulak..aku stress sendiri lalu takleh nak buat kerja...dahla kne submit sebelum tengahari.
terbaik!

aku rasa dia tak suka kat aku.
lantak lah...aku tau dia baik, mb diri aku di bawah pengaruh emosi yang meleleh.
atau mungkin putaran angin dalam ruang diafragma dia tak begitu baik.atau aura seorang ketua mestilah terasa berbahang, paling tidak pada telinga aku ini..
tapi dia tak buat ape2pun.
dahtu kenapa aku rase dia tak suka aku?

ah hari ni je kot.takpe ca takpe chill chill

orang kedua..
sebenarnya orang ini penting wataknya dalam hidup aku sejak 2 menjak ni.tapi cam tak adil untuk aku kata macamtu sbb dia sebaliknya..alah biaselah manusia suka berasa penting..dem tetiba aku tertanya pentingkah aku melempang pp sendiri sbb asik pk bukan bukan hari ini?

sakit tau kena lempang?
ni yg aku rase nak merabak ni.

aku sangat not in the mood sekarang..

Wednesday, March 12, 2008

congratulations jim

weekend lalu kawan se ofisku bertunang..congrats to her!! tengok gambar dia sume cantik2.nak taruk sini takut dia marah pulak he he he nnt lah kalo dia kasi aku taruk.angat gembira untuk dia..make up dan baju cantik..yelahkan darah manis haruslah seme nampak cantik.ni yang berangan nak tunang ni.aku dapat bantal kecik2 yang wangi tu n shafiq plak dapat telur org kawen.tq jim!!